Bagaimana Sokongan Tag RFID Touch ‘N Go Membantu Para Traveller

Hari ini, Touch ‘N Go secara rasminya menamatkan jualan SmartTAG selari dengan pengenalan sistem terbaru mereka, Tag RFID. Walaupun jualannya dihentikan, pemilik sedia ada SmartTAG masih berpeluang menggunakan kemudahannya di lorong yang disediakan.

Dengan teknologi Tag RFID, pengguna perlu melekatkan sebuah pelakat khusus pada kenderaan mereka dan plaza tol akan mengesannya menggunakan gelombang radio. Ini akan menjadikan proses melalui tol lebih pantas dan efisyen sekaligus tiada mempunyai masalah seperti pada SmartTAG hari ini.

Semenjak tahun lepas lagi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menyediakan sekurang-kuranya satu lorong untuk pembayaran menggunakan teknologi RFID ini. Sebelum ini, LLM telah melakukan ujian berperingkat untuk teknologi tag RFID ini pada kenderaan polis, ambulans dan juga bomba. Bermula September 2018, lorong RFID akan dibuka kepada umum.

https://www.facebook.com/Mytouchngo/photos/a.235414319815840.68275.193325707358035/2009982299025691/?type=3&theater

Ini merupakan berita baik bagi pengguna lebuhraya di Malaysia, terutamanya para traveller. Jom MakanLena kongsikan antara kebaikan Tag RFID.

1. Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan

Pelekat RFID, di mana ianya unik bagi setiap kenderaan dan tidak boleh dipindah milik. Ini bermakna, sekiranya berlaku kecurian terhadap pelekat RFID, ia tidak dapat diguna pada kenderaan lain, sekaligus menyelamatkan anda daripada kehilangan wang.

2. Mudah dan cepat

Tng e wallet
Kredit Gambar: Amanz Network

Tag RFID dihubungkan dengan aplikasi mudah-alih, Touch ‘n Go eWallet. Aplikasi ini membolehkan pengguna memantau baki akaun dengan mudah dan dapat melakukan tambah nilai secara atas talian melalui pilihan-pilihan yang disediakan seperti perbankan atas talian, kad debit/kredit dan melalui penggunaan nombor pin (soft pin).

3. Perjalanan lebih lancar

Tidak seperti SmartTAG yang kurang mesra pengguna, pelekat RFID mampu mengesan kenderaan dengan lebih pantas. Perjalanan anda kini lebih lancar dan tiada sekatan akan berlaku.

Jika anda berminat untuk mendaftar RFID, boleh cuba lihat di sini. Buat masa ini, hanya beberapa lebuhraya yang mempunya teknologi RFID. Boleh layari di sini untuk ketahui lebuhraya yang menyediakan teknologi ini.

Kredit: Amanz