‘Sixty Bites TTDI’ Burger Tepi Jalan Paling Sedap Di Lembah Klang

Jika anda sudah biasa makan burger di restoran ternama seperti Chili’s, TGI Friday, Burger King dan sebagainya anda pasti tahu tahap kesedapan burger di setiap restoran ini.

Namun, pada pendapat kami tiada satu pun burger ini yang dapat menandingi ‘burger tepi jalan’ Sixty Bites TTDI. Tanyalah orang yang duduk di Taman Tun Dr Ismail pasti mereka tahu tentang kewujudan burger awesome ini.

Daging patty ini dibuat sendiri 100% oleh pemilik Sixty Bites menggunakan bahagian daging ribeye. Pemiliknya, John Fugu mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam bidang perhotelan. Menggunakan kepakaran dan pengalamn yang dimiliki, terhasilkah burger yang maha sedap ini di TTDI.

https://www.instagram.com/p/BgbIEc6F2y4/?hl=en&tagged=sixtybites

https://www.instagram.com/p/BhO6XOljbBY/?tagged=sixtybites

Jika anda ke Sixty Bites TTDI burger, jangan lupa untuk buat pesanan burger signature mereka, Chezburger yang dijual pada harga RM9. Burger ini akan hadir dengan satu patty buatan sendiri, roti bun yang juga ditempah khas, caramelized onion serta jem khas. Nak jadikan lebih power, jangan lupa tambah beef bacon. Memang padu!

Sixty Bites mula dibuka jam 8 malam setiap hari dan perlu diingatkan, anda mungkin perlu menunggu hingga 30-40 minit untuk burger anda siap. Biasanya ada yang sudah beratur sebelum Sixty Bites dibuka lagi! Jika ramai yang sanggup menunggu, anda sudah boleh jangka kesedapannya. Dan kami jamin, penantian anda nanti pasti sangat berbaloi.

Namun, anda jangan risau. Nak tak rahsia buat burger sedapa macam mana? Kalau ya, cuba ikuti artikel ini.

Oh ya, tahukah anda terdapat seorang lelaki dari Australia menyimpan burger McDonald’s yang masih elok disimpan selama 25 tahun? Didapati makanan dari restoran terkemuka itu seperti burger dan kentang tetap elok dan tidak hancur walaupun sudah berhari-hari mahupun berbulan disimpannya.

Menurut mereka, sudah banyak kali mendedahkan perkara itu di Australia selama beberapa tahun namun menjadi tajuk muka depan sekali lagi beberapa hari selepas penstriman langsung burger keju McDonald’s berusia sedekad dipaparkan dalam bekas kaca di Iceland menjadi tular.

Walaupun burger itu mengecil sedikit daripada saiz asal, bentuknya masih utuh, tiada tanda berkulat dan tidak berbau.

Anda rasa kenapa burger itu mampu bertahan dengan sangat lama? Kalau nak tahu, boleh rujuk sini.