
Hati-hati! Sebagai pengguna anda perlu tahu sardin daripada dua jenama ini; TL Tan Lung dan TLC diarah untuk ditarik balik dari pasaran atas faktor tidak selamat untuk dimakan.
Sardin sos tomato ini ditarik kerana mengandungi sejenis cacing yang boleh membawa mudarat jika anda memakannya. Kedua-dua sardin ini adalah produk yang diimport daripada negara China dan tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
“Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.
“Pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran sentiasa dilakukan dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Kedua-dua jenama ini menjadi pilihan pengguna kerana harganya yang lebih murah jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran.
Jika anda peminat setia roti canai sardin di mamak, lihat dahulu jenama yang mereka gunakan. Jika guna dua jenama ini, mungkin anda boleh buat pesanan roti canai yang lain.
Oh ya, anda ingin belajar cara membuat roti canai? Mudah sahaja. Hanya perlu ikuti langkah di dalam artikel ini.
Apa kata anda cuba buat sendiri roti canai di rumah? Selain dapat menambah skill di dapur boleh juga mengeratkan hubungan dengan anak-anak dengan aktiviti ini.
Jika dah ada roti canai, apa lagi, mestilah kena ada pencicahnya. Boleh cicah dengan kuah kari, kuah dal, atau pun cicah dengan sambal sardin. Sedapnya. Kalau anda berminat untuk buat sambal ini, cuba ikuti langkah dalam artikel ini.
Untuk hari-hari penat dan kesuntukan masa, hidangan simple seperti sambal ini pun sudah cukup sedap, lagi-lagi dimakan bersama nasi putih panas-panas!
Bukan itu sahaja, malahan boleh juga rujuk artikel daripada penulis resepi berpengalaman, Azie Kitchen untuk belajar membuat sambal ini. Anda boleh ikutinya di sini.