Semalam, ramai pengguna MRT terjejas berikutan daripada berlakunya pencerobohan trek MRT di Taman Mutiara.
Perkara tersebut telah menyebabkan pengguna MRT dari arah Sungai Buloh ke Kajang dan Kajang ke Sungai Buloh yang perlu melalui Taman Mutiara tergendala.
Melihat daripada rakaman video yang tersebar di media sosial, pengguna terpaksa bersesak dan berebut menaiki bas MRT yang disediakan bagi pulang ke rumah.
https://www.instagram.com/p/Bwo9mUABOXW/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=kayf3dkupx9e
Dari sumber media sosial, ada pengguna memberitahu pencerobohan trek yang berlaku di Taman Mutiara adalah bertujuan untuk membunuh diri.
Walau bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap di antara trek Taman Connaught dan Bandar Tun Hussein Onn. Ganti rugi untuk para pelanggan yang tidak mahu meneruskan perjalanan dengan menggunakan MRT juga disediakan.
Setelah semuanya selesai, MRT kembali meneruskan operasi mereka sekitar jam 8.30 malam.
Leleh air liur tengok menu Chef Burak.
7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.