Pulau Jerejak Kini Berwajah Baharu, Memang ‘Insta-Worthy’ Habis!

Jika anda menaip nama ‘Pulau Jerejak’ di carian Google, banyak portal menceritakan sejarah disebalik keindahan flora dan fauna di pulau ini.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Jerejak yang terletak di Pulau Pinang ini dahulu dikenali sebagai pusat penempatan banduan yang dibuang negeri sehingga digelar Alcatraz Malaysia sebelum pusat berkenaan ditutup pada Ogos 1993.

Pulau Jerejak dengan keluasan 362 hektar dan terletak 1.5 batu nautika dari tanah besar ditemui pada 1786 dan kawasan hutan di pulau itu memiliki 210 spesies daripada 71 keluarga flora dan 39 spesies fauna.

Jika dahulu anda rasakan suasana di Pulau Jerejak hanya biasa-biasa sahaja, kini pulau tersebut dibangunkan dengan wajah baharu sebagai tarikan eko-pelancongan.

Untuk ke sini, pengunjung perlu menaiki bot kecil atau feri dari jeti Pulau Jerejak di Bayan Lepas, hanya mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk sampai.

Antara penginapan terkenal di sini ialah Jerejak Rainforest Resort dan chalet mewah Sun Yi Villa yang terletak di atas bukit.

Ini antara wajah baharu di Pulau Jerejak, sesuai untuk kaki Instagram.

Pulau Jerejak Wajah Baharu
Sumber: FB Penang Kini
Pulau Jerejak Wajah Baharu
Sumber: Penang Kini
Pulau Jerejak Wajah Baharu
Sumber: Penang Kini
Pulau Jerejak Wajah Baharu
Sumber: Penang Kini

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan di pulau ini seperti memancing, memanah, paintball, memanjat tembok serta bermain bola sepak pantai. Malah, pihak resort turut menyediakan pakej mengelilingi pulau dengan bot jika ada permintaan.

Dengan berwajah baharu ini, pasti bakal menjadi tarikan baharu bagi kaki travel ke Pulau Pinang.