‘Selesa, Servis Terbaik, Makanan Sedap’, Ini Reaksi Pengguna ETS Koc Kelas Perniagaan

Bermula 11 Oktober 2019, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan perkhidmatan koc business class (kelas perniagaan) bagi perkhidmatan tren elektrik terbaharunya ETS2.

Koc business class ini, satu daripada enam gerabak ETS2 yang direka khas sebagai pilihan untuk penumpang yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren.

Bezanya dengan koc yang lain ialah tempat duduk luas dan selesa berbanding koc biasa, serta perkhidmatan pramugara dan pramugari khusus bagi koc kelas perniagaan. Penumpang dalam gerabak turut ditawarkan kemudahan khas seperti kit perjalanan, Audio Video-On-Demand (AVoD) serta port USB.

Pengalaman ETS Business Class
Sumber: Twitter

Seorang pengguna setia ETS telah mencuba koc business class dari KL Sentral ke Sungai Petani. Dikenali sebagai @NadxSky di laman sosial Twitter, beliau menceritakan pengalaman menggunakan jenis koc ini.

“Selesa, servis kelas pertama, makanan sedap”

Pengalaman ETS Business Class
Sumber: Twitter
Pengalaman ETS Business Class
Sumber: Twitter

Tidak perlu risau tentang lapar kerana ada sahaja hidangan yang disediakan sepanjang perjalanan.

Pengalaman ETS Business Class
Sumber: Twitter

Sungguh berpuas hati dengan perkhidmatan koc ETS business class yang disediakan kerana diberi makanan terus tanpa perlu ke kafe dengan hanya memesan makanan melalui skrin di tempat duduk, ruang tempat duduk luas dan selesa dan mempunyai sistem hiburan peribadi.

Tidak dilupakan juga, pramugara dan pramugari yang sungguh mesra.

Pengalaman ETS Business Class
Sumber: Twitter

Jika ingin merasai pengalaman menaiki ETS koc business class, inilah masa yang terbaik kerana KTMB turut mengumumkan harga tiket promosi RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Ipoh, manakala RM112 bagi perjalanan KL Sentral-Padang Besar  dan promosi itu sah bagi perjalanan di antara 11 Oktober sehingga 30 November 2019.

Pengalaman ETS Business Class

Pengalaman ETS Business Class
Sumber: Viramon

Sementara warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun pula layak menerima diskaun konsesi, manakala kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk) tidak dikenakan sebarang bayaran.

Boleh layari ke laman sesawang rasmi KTMB untuk menempah tiket anda!

Sumber: Twitter, Awani