Untuk mereka yang gemar travel, pasti sentiasa mencari jalan untuk meminimumkan kos terutamanya daripada segi harga tiket penerbangan dan harga penginapan.
Disebabkan banyak kos yang perlu diambil kira, berikut kami kongsikan 7 TIP yang boleh anda lakukan untuk penjimatan dari segi harga tiket penerbangan.
1. Tempah tiket penerbangan pada hari SELASA dan RABU
Untuk pengetahuan anda, kedua hari ini ialah di mana majoriti syarikat penerbangan telah menetapkan sistem tempahan pada jam 7pm.
BACA: Ini ‘Trick’ Dapatkan Tiket Ke London Dengan Harga Jauh Lebih Murah
Faktor statistik juga memainkan peranan yang mana majoriti pengguna akan mula melakukan tinjauan harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
2. Tempah awal namun JANGAN TERLALU AWAL
Berdasarkan pengalaman daripada mereka yang selalu terbang, tempoh minimum untuk lakukan tempahan tiket adalah sebanyak 21 hari awal.
Ini kerana dalam sistem tempahan tiket sudah ditetapkan kuota serta margin tertentu untuk tiket-tiket dijual dengan harga yang murah, harga medium dan harga mahal.
3. Cari HARI PENERBANGAN yang sesuai
Untuk kelancaran dan mengelakkan kesesakan di lapangan terbang dan laman tempahan tiket, cari hari penerbangan yang sesuai selain dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
4. BEST DEAL untuk penerbangan antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan menawarkan ‘BEST DEAL’ sekitar 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa.
Jadi dalam tempoh tersebut, kenalah rajinkan diri anda meninjau harga tiket penerbangan sekiranya mahu ke luar negara.
5. Pilih mendarat di LAPANGAN TERBANG KECIL
Tahukah anda, memilih untuk mendarat di lapangan terbang kecil adalah jauh lebih murah daripada mendarat di lapangan terbang besar.
Contohnya, mendarat di lapangan terbang Manchester adalah jauh lebih murah daripada mendarat di Heathrow.
BACA: Ramai Tersilap Isi Nama Pertama/Terakhir Pada Tiket ‘Flight’, Ini Panduan Sebetulnya
Tapi sebelum memilih lokasi pendaratan anda, pastikan anda kira dahulu kos keseluruhan perjalanan.
6. Buang COOKIES
Ramai yang masih tidak tahu ‘menyimpan’ cookies hanya akan menjadikan harga tiket penerbangan anda tetap sama atau pun naik.
Sekiranya anda melawat laman web tersebut dalam tempoh 30 hari, padam cookies terlebih dahulu untuk menghilangkan ‘jejak’ pencarian anda.

7. BANDINGKAN harga
Nak dapatkan tiket dengan harga murah, jangan malas untuk membandingkan harga di laman-laman web yang sah.
Antara yang boleh digunakan ialah Skyscanner, CheapFlight, Momondo, Kayak, Google Flight dan Ita Software.
Sumber: EliteJets Travel& Tours