5 Restoran Nasi Kandar Terbaik Di Selangor dan KL

Kredit: Expatgo

Banyak sungguh pilihan makanan yang tersedia di bulan ramadhan ini. Salah satu pilihan yang anda boleh dapatkan ialah Nasi Kandar. Terbayang rasa campuran kari ditambah pula dengan ayam goreng yang rangup ditemani dengan segelas teh tarik ais. Paduu!

Berikut adalah antara pilihan kedai Nasi Kandar yang patut anda serbu untuk berbuka nanti.

1. Restoran Kudu Bin Abdul

Siapa tak kenal restoran yang menyajikan rasa Nasi Kandar yang tiada tolok banding ini. Restoran yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman ini memang dipenuhi dengan pelanggan setia setiap hari. Rasa kari campur dan ayam goreng yang enak menambat selera para pelanggan.

2. Zainul Nasi Kandar

Jika anda berada di kawasan Petaling Jaya apa kata cuba Nasi Kandar di sini. Kedai yang terletak di Gerai No. 90, Lorong Sultan, Petaling Jaya ini antara yang terbaik untuk anda menjamu selera.

3. Restoran Hameediyah

Penggemar Nasi Kandar pastinya mengenali Restoran Hameediyah yang merupakan restoran tertua yang menyajikan Nasi Kandar di Malaysia sejak 1907. Untung penduduk sekitar Kota Damansara kerana boleh merasai keenakan resipi Nasi Kandar tertua ini. Lihat sahaja gambar yang kami sertakan. Terliur tak?

4. Restoran Raihan Nasi Kandar

Kepada anda yang berada di sekitar Subang Jaya dan Shah Alam jangan risau kerana Restoran Raihan Nasi Kandar juga merupakan salah satu restoran yang tidak kurang hebat. Restoran yang terletak di kawasan perindustrian Hicom-Glenmarie memang menjadi tumpuan penduduk sekitar. Fuhh..mengancam!

5. Nasi Kandar Line Clear, Kampung Baru

Anda tidak perlu ke Pulau Pinang untuk merasa Nasi Kandar Line Clear kerana restoran ini telah melebarkan sayapnya ke Kampung Baru, KL. Pelbagai pilihan tersedia untuk pelanggan. Anda kena cepat, kalau tidak anda kena beratur panjang untuk merasai keenakan Nasi Kandar Line Clear.