Anjung Spotter, Menara Tinjau Pesawat Pertama Di KLIA Bakal Dibuka April Ini

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan membina anjung tinjau pesawat pertama, Anjung Spotter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dijangka siap pada bulan April.

Dibina di luar perimeter lapangan terbang, bersebelahan satu daripada tiga landasan KLIA, projek tersebut merupakan usaha dalam menjadikan KLIA disenaraikan sebagai salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi.

Pembinaan Anjung Spotter membolehkan orang ramai untuk menikmati pemandangan saat pesawat berlepas dan mendarat di landasan yang amat sesuai dijadikan sebagai hantaran Instagram.

Anjung Spotter
Sumber: Aviation WA

Dijangkakan bakal menjadi lokasi bergambar popular di KLIA, Anjung Spotter turut menjadi simbol komitmen syarikat dalam meningkatkan pengalaman orang ramai di lapangan terbang.

Selepas ini, sambil-sambil posing untuk hantaran gambar di Instagram, bolehlah tengok juga pesawat.

Sumber: Astro Awani

Chef Burak ni punya skill memang lain macam.

7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.