Nampak senang sahaja kan nak buat cucur udang yang sedap dan rangup. Tapi kena pandai cara; ada trick dan rahsianya yang tersendiri dalam menjadikan cucur udang ini lebih rangup dan yummy.
Bahan-bahan:
*Sedikit udang
*1 biji telur
*1 paket yis segera (campur bersama 1 sudu gula dan 1/2 cawan air suam)
*Air (ikut anggaran bancuhan cucur)
*1 sudu kecil garam
*Sedikit serbuk kunyit
*Sedikit taugeh dan kucai
*2 biji cili merah (dihiris)
Cara masak:
1. Campur yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga berbuih.
2. Dalam mangkuk lain, gaul rata tepung, serbuk kunyit dan garam. Letak telur dan masukkan bancuhan yis bersama dua cawan air.
3. Gaul sebati sebelum masukkan sayuran.
4. Goreng cucur dalam minyak yang banyak dan sederhana panas. Bancuhan cucur tadi digoreng sebentar di dalam sudip sebelum bancuhan tertanggal dari sudip.
5. Kemudian letakkan udang di atas kepingan cucur. Biarkan cucur sehingga warna keemasan sebelum diangkat dan ditos minyak.

**Minyak yang tidak panas; akan sebabkan cucur ‘masuk minyak’
**Minyak panas; cucur akan hangit
**Jangan guna air panas untuk bancuhan yis. Yis ‘hidup’ apbila bancuhan berbuih.
Sumber: Mingguan Wanita
Sambil layan cheese piza, bolehlah tengok ikan.
Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.