Sempena tahun melawat Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,menjangkakan kemasukan pelancong dari India dan China kekal tinggi susulan pemberian pengecualian visa selama setahun bagi pelancong negara berkenaan.
BACA: Lebih 95% Pelancong China, India ‘Bermastautin’ Di Malaysia
Namun begitu, berita mengenai penularan wabak koronavirus di China, ramai rakyat Malaysia gusar sama ada langkah pencegahan dengan mengawal ketat pintu masuk antarabangsa di KLIA sudah mencukupi.
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes pertama wabak koronavirus sudah berada di Malaysia yang mana mangsanya merupakan pelancong China yang masuk melalui Johor.
BACA: Nak Tarik Pelancong China Kena Tukar Papan Tanda Bahasa Mandarin, Relevan Ke?
Ketiga-tiga mangsa dilaporkan mempunyai pertalian dengan mangsa kes pertama di Singapura.
Menurut Bernama hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir memaklumkan tiada perancangan untuk kerajaan menyekat kemasukan pelancong China ke Malaysia buat masa sekarang.
#Koronavirus: Tiada rancangan untuk larang pelancong dari China memasuki negara buat masa ini – PM Dr Mahathir @chedetofficial
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 25, 2020
Manakala Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi tiga hari lalu memberitahu pelancong yang akan masuk ke Malaysia akan disaring terlebih dahulu.
Malah beliau turut berharap agar tiada pelancong China yang menjadi mangsa diskriminasi rakyat tempatan antaranya menjauhkan diri daripada mereka.
Sumber: Berita Harian