Pasar Vietnam Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Mac Ini

Wanita kaki shopping dan Vietnam adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Menjadi destinasi popular dan tekenal dengan lokasi-lokasi beli belah murah, jika ke Vietnam tidak sahlah sekiranya tidak rambang mata.

Pasar Vietnam Pertama Di Malaysia

Tapi tahukah anda, selepas ini tak perlu lagi pergi melancong sehingga ke Vietnam semata-mata untuk bershopping.

Ini kerana Malaysia bakal membuka Pasar Vietnam yang pertama di negara!

Perkara yang diumumkan dalam satu majlis di Ho Chi Minh City ini dikatakan bakal menjadi pusat perdagangan terbesar pertama, hasil kerjasama antara Vietnam dan Malaysia.

Pasar Vietnam Pertama Di Malaysia 2

Diwujudkan sempena dengan permintaan barangan dan perkhidmatan Vietnam yang tinggi di Malaysia, pasar ini akan menjalankan fungsi sebagai ‘jambatan’ bagi peningkatan eksport barangan Vietnam ke Singapura, Thailand dan pasaran ASEAN lain.

Bakal dibuka di bangunan Safuan Plaza, Kuala Lumpur, pasar ini akan menyediakan 200 ruang kedai yang menghimpunkan pelbagai jenis produk antaranya produk pertanian, makanan laut, kraftangan, pakaian, kosmetik dan sebagainya.

Sumber: Bernama