Tular di laman media sosial hari ini, papan tanda McDonald’s di Malaysia yang sudah ditukar kepada Mekdi. McDonald’s Malaysia dikatakan secara rasminya menukar nama mereka kepada Mekdi.

Berkenaan isu ini masih tiada lagi keterangan rasmi buat masa sekarang daripada McDonalds Malaysia, namun tahukah anda ada 10 buah negara yang turut mempunyai nama timangan lain selain daripada menggelarkannya sebagai McD?
1. USA – Mickey D’s
Mickey D’s atau Golden Archens merupakan slanga di Amerika Syarikat dan kedua-duanya merujuk kepada benda yang sama.
2. Kanada – McDick’s
Kata mereka, mungkin kerana Kanada dipenuhi dengan pelajar-pelajar kolej yang kurang matang sebab itulah di Kanada restoran segera ini digelar sebagai McDick’s.
3. Australia – Macca’s
Di Australia McD dianggap sebagai ‘kawasan suci’ penduduk di sana.
4. Jerman – Mekkes
5. Hong Kong – Mak Kee
McDonalds di negara asli pengeluar teh boba ini terkenal dengan menu yang jauh berbeza dengan McDonald di negara lain.
6. Perancis – McDo
Disebut sebagai Mac Dough, orang Perancis mempunyai kelas mereka sendiri seperti burger baguette dan sebagainya. Dengan 800 buah restoran di seluruh negara, orang Perancis pastinya suka akan French Fries mereka (lame joke).
7. Mexico – McDona’s
8. Jepun – Makku
Mempunyai lebih 50 jenis menu unik yang tidak ada di negara lain, mungkin kunjungan anda di Makku akan lebih bermakna.
9. Romania – Mec
Short and sweet, namun kena pada poinnya. Orang Romania mengaplikasikan slanga mereka dalam perkataan yang ringkas tapi bermakna.
10. Scotland – McD’s
Okey,di Scotland sama sahaja. Tidak ada yang berbeza dengan negara-negara yang lain.
Sumber: Flitto
Paling reccommeded dia punya jajjangmyun. Memang sedap!
Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.