Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa, Sekali Hidang Terus Licin!

Sejak jarang-jarang dibenar keluar rumah, sesekali pasti kita teringin untuk menikmati makanan di kedai Tomyam, bukan?

Sebut kedai Tomyam, menu yang kita akan bayangkan tak lain tak bukan semestinya sup tomyam, disertakan sekali dengan hidangan ikan siakap tiga rasa, kerabu, telur dadar dan macam-macam lagi.

Tak dapat makan kedai Tomyam tidak mengapa, anda boleh cuba resipi yang boleh mengimbau kenangan makan di kedai iaitu resipi ikan siakap tiga rasa.

Amat mudah dan sekejap sahaja nak menyediakannya. Sekali hidang pasti terus licin!

Jom lihat resipi siakap tiga rasa yang dikongsikan Wan LuQman ini.

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap
  • Bawang putih dicincang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Palm sugar
  • 3 sudu besar air perahan limau nipis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Daun sup
  • Selery*
  • Bawang holland*
  • Cili padi*
  • Nanas*

Bahan bertanda (*) dihiris dadu.

Sumber: Facebook Wan LuQman

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula cuci bersih ikan siakap. Lumurkan garam kemudian lumur dengan tepung jagung. Tebal-tebal lumur dia ya.
  2. Panaskan kuali sampai berasap, kemudian masukkan sedikit minyak ratakan ke seluruh permukaan kuali. Tuang balik minyak tu…panaskan kuali balik dan masukkan minyak banyak terus. Renjis-renjiskan dulu bagi terbuang kebih tepung tu dan baru goreng ikan sehingga masak. 
  3. Dah siap goreng. Tengok, takde kesan hitam hangit / hangus ya ikan ni dan takde pecah-pecah pun.
  4. Okay, untuk bahan sos kita start dulu dengan tumis bawang putih cincang. Takde sukatan berapa ulas.
  5. Kemudian masukkan lada lumat atau lada kisar atau cili kering.
  6. Masukkan bawang lumat. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan sikit lagi bawang ni. Kemudian tumis sehingga sedikit garing.
  7. Masukkan pula sos tiram dan sos cili.
  8. Selepas itu masukkan air perahan limau nipis atau boleh beli yang dah siap dalam botol.
  9. Masukkan palm sugar atau gula biasa kalau tak ada palm sugar. Level kemanisan ikut kehendak sendiri. Kalau pedas melampau, lebihkan gula ya.
  10. Masukkan sos ikan. Apabila bahan sos sudah betul-betul garing, masukkan sedikit air kemudian masukkan bahan yang dihiris dadu.
  11. Akhir sekali, masukkan hirisan daun sup untuk membangkitkan selera aroma.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan LuQman

BACA: Resipi Mudah Siakap Stim Limau Pedas Gaya Kak Lina Pompom