
Malaysia dijangka mengalami cuaca panas sehingga pertengahan Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan strok haba yang akan melemahkan imunisasi badan dan membuatkan tekak anda sentiasa dahaga.
“Waktu cuaca panas begini, memang tak puas makan satu cawan aiskrim saja.”
Sebenarnya, bukannya susah nak buat aiskrim sendiri. Yang seronoknya, kita boleh tambahkan apa-apa bahan tambahan yang kita suka, sebanyak mana dan olah mengikut cita rasa sendiri.
Untuk kali ini, kami ingin kongsikan sebuah resipi yang cukup mudah, tapi enak tak terkata. Bahkan, amat menyegarkan pula tu!
Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dari Filipina, Eunice Nicole A. Ayuban. Lihat saja dah terbayang kesedapannya.
Mari ikuti resipi beliau selengkapnya.
Bahan-bahan:
Buah mangga
Cheddar cheese block (dipotong dadu)
Susu pekat
Whipping cream
Cara penyediaan:
1. Sebahagian mangga dipotong dadu dan sebahagian lagi dikisar untuk dijadikan puri. Ketepikan dahulu.
2. Dalam bekas lain, masukkan whipping cream dan pukul sehingga gebu.
3. Masukkan susu pekat dan gaul sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan puri mangga tadi dan gaul hingga sebati.
5. Apabila sudah sebati, masukkan mangga dan keju yang telah dipotong dadu, gaulkan lagi (tinggalkan sedikit mangga dan keju itu untuk dibuat topping).
6. Selepas sudah nampak cantik, letak lebihan mangga dan cheese yang dipotong dadu di atas adunan aiskrim tadi.
7. Simpan di bahagian sejuk beku dalam peti ais semalaman.
Siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Sumber: Eunice Nicole A. Ayuban
Ini pula beberapa resipi aiskrim yang sedap dibuat sendiri:
BACA: Berangin Dan Fresh, Ini Resipi Aiskrim Viral Bluemint Dynamite
BACA: Resipi Aiskrim Malaysia Ala Magnum Viral Yang Anda Perlu Cuba
BACA: Resipi Aiskrim Oreo McFlurry, Hanya Guna 2 Langkah Mudah Sahaja