5 Tips Paling Mudah Nak Masak Boba Yang Sedap Dan Pasti Menjadi

Tiada siapa pun yang menyangka makanan ruji ketika zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu iaitu ubi kayu kini digunakan untuk menghasilkan minuman yang menjadi kegemaran ramai, kan?

Kegilaan terhadap boba tapioca pearls yang berasal dari Taiwan sejak 80-an lagi kini bagaikan semakin menjadi-jadi.

Ramai juga yang cuba untuk menghasilkan sendiri bebiji bola kecil yang comel, kenyal dan seronok untuk dikunyah ini di rumah.

Pasti ada juga yang kecewa sekiranya hasilnya tidak menjadi atau tidak sesedap minuman di kedai, kan?

Jom ikuti 5 langkah-langkah mudah berikut untuk menyediakan boba yang pasti lazat:

NOTA: Dapatkan terlebih dahulu pek boba di kedai berhampiran atau buat pesanan atas talian. Proses menghasilkan sendiri boba dari tepung ubi kayu tidak ditunjukkan di sini.

1) Sediakan 600ml air dan didihkannya di atas dapur

1

2) Masukkan 100g boba ke dalam air yang sedang mendidih tadi

2

3) Biarkan boba tersebut masak selama 35 minit

3

4) Angkat boba yang sudah masak dengan penapis dan toskan serta bilas dengan air sejuk

4

5) Tuangkan sedikit gula melaka dan gaul sehingga rata keseluruhannya

5

Siap! Kini anda boleh masukkan boba tadi ke dalam apa saja minuman teh, kopi atau coklat pilihan anda. Gerenti sedap! Juga boleh dimasukkan ke dalam minuman yang sesuai untuk berbuka puasa menggantikan cincau.

Sumber: GFB