Dengan hanya menggunakan perkhidmatan LRT, ramai yang tidak tahu mereka boleh mengunjungi gerai atau restoran yang menyajikan makanan yang unik.
Berikut lima buah restoran atau gerai yang popular di sekitar Kuala Lumpur yang boleh anda capai menggunakan perkhidmatan LRT.
1. Ikan Bakar @ Mat Teh Ikan Bakar Dato Keramat (LRT Dato Keramat)
Dengan konsep seperti warung, gerai Mat Teh Ikan Bakar ini sangat terkenal sebagai lokasi makan-makan keluarga. Yang istimewanya di sini, pastilah ikan bakarnya. Selain itu, mereka turut menyediakan hidangan lain seperti asam pedas ikan, ulam, sup kaki ayam dan kari ikan.
Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad, Mat Teh Ikan Bakar ini memulakan perniagaan pada jam 11 pagi hinggalah jam 4 petang.
2. R.A Nasi Lemak (LRT Dang Wangi)
Terletak di Kampung Baru, R.A Nasi Lemak ini betul-betul di hadapan pintu masuk LRT Dang Wangi. Kebiasaannya penuh dengan pelanggan, gerai ini bukan sahaja terkenal dengan hidangan nasi lemaknya yang sedap tetapi juga lauk pauknya yang pelbagai.
Dibuka setiap hari bermula jam 6.30 pagi hingga 10 malam, siapa yang melalui LRT Dang Wangi bolehlah singgah untuk membeli sarapan di sini.
3. Mee Rebus Asyiq (LRT Dang Wangi)
Juga terletak berhampiran dengan LRT Dang Wangi, gerai ini terkenal dengan hidangan mi rebus tradisional terutamanya Mee Rebus Sotong dan rojaknya yang sangat sedap.
Pada hari Sabtu hingga Khamis, gerai ini dibuka bermula jam 8 pagi sehingga jam 2.30 petang, tetapi untuk hari Jumaat pula dibuka pada jam 8 pagi sehingga 1 petang.
https://www.facebook.com/eatithalal/posts/1581312635423069?__xts__%5B0%5D=68.ARBOXJoak3YH6DYVE6vxUBYkyruHSFzGVHPvwglTk3zeGyN0A87MltVXm_BFAC3ie1l2RbZy0IlfHtmbn8fkk7NyPrzho1Wq9t-yR4Dm9rNrH_4LaXCqcu1XNMUaK5T9OSv32TUxoYHTATZ4s4WHvxpmM3JCCon6Jp_Gy6hzwtbZnzaXURg_vDyuOF4CvSrVy4cxMqMzvJ_1kgzhZWIjF11U7BnSY9WwCCwe4hN0Qxe3EMbb-upKZnw1BLNVqqtE1LYbsMpqcrZGgWlPP04aclqsHZ1yuew50QqPflK733L75Bus_WEd2-Fz7Y6UyiIREdfOlieqCNi036E4uQXuJ9uI0uGK&__tn__=-R
4. ABC Bistro Cafe (LRT Tun Sambanthan)
Dengan harga yang berpatutan, anda boleh dapati menu halal seperti gabungan hidangan Cina, Melayu, India dan barat. Antara yang popular di sini ialah Beriyani Ayam dan Kari Lembu yang cukup digemari golongan makan pedas.
Dibuka 24 jam setiap hari, anda bolehlah ajak rakan-rakan melepak di sini semasa hari cuti.
5. Lisette’s Cafe and Bakery (LRT Bangsar)
Untuk hidangan pencuci mulut, anda bolehlah ke kafe hipster ini. Dengan dekorasi dalaman yang ringkas dan minimal, kafe ini menyediakan pelbagai menu pencuci mulut yang menggiurkan antaranya pai, roti dan donut.
Dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, restoran ini pasti membuatkan craving anda untuk makan desert yang manis hilang.
Rasanya dengan lima senarai tempat makan ini, anda bolehlah merancang projek food hunting bersama rakan-rakan pada hujung minggu ini, kan?
Sumber: Have Halal, Will Travel
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Wd22Ln_1q/