Lazimnya, azam baharu kita pasti berkait dengan pengurusan berat badan. Namun, berjayakah mencapai target yang diimpikan?
Agak sukar jika cara kita diet itu dengan tidak memakan nasi langsung! Disebabkan nasi ialah makanan ruji rakyat Malaysia dan berada dalam kategori karbohidrat, ia menjadi punca utama bagi mereka yang berusaha untuk kurus mengawal menu ini dan akhirnya kecundang.
Tidak tahu menu apakah yang mudah dan bersesuaian dengan tekak kita? Kami senaraikan 6 menu diet untuk anda amalkan demi mencapai azam tahun baharu.
1. Ayam panggang dan popia gulung
Bahan-bahan popia gulung:
Isi ketam / isi ayam
Sayur pucuk kacang
Timun jepun
Lada sulah
Caranya sama sahaja seperti membuat popia goreng biasa.
Bahan-bahan sayur brokoli:
Taburkn serbuk lada sulah
Lada hitam
Minyak zaitun
Sayur brokoli
Bahan-bahan ayam panggang:
Dada ayam
Serbuk cili
Sikit garam
Minyak zaitun
Bawang putih cincang
Lada hitam dan lada sulah
Caranya panggang atau masak menggunakan air fryer.
2. Ikan selar dan telur rebus
Bahan-bahan:
Ikan selar/ ikan kembung
Air
Bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, lada sulah
Bendi
Telur ayam direbus
Buah naga
Caranya, rebus ikan kemudian rebus air sehingga mendidih. Letak bawang merah dibelah dua, bawang putih diketuk, lengkuas dan kunyit hidup. Perasakan dengan lada sulah kemudian masukkan ikan dan bendi.
Rebus selama lima minit kemudian toskan. Boleh cicah dengan air asam jawa.
3. Telur rebus dan sosej
Bahan-bahan:
Telur rebus tabur sedikit lada sulah dan lada hitam
Kacang panggang dalam tin apa-apa jenama
Beberapa batang sosej dipanggang (goreng tanpa minyak)
4. Ikan panggang
Bahan-bahan ikan:
Sepotong ikan
Serbuk cili
Seikit garam
Minyak zaitun
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Bawang putih dicincang halus
*Perap kesemua bahan dengan ikan semalaman kemudian panggang.
Bahan-bahan salad timun:
Timun jepun
Perahan air lemon
Sedikit gula
Bahan-bahan telur hancur:
3 biji telur
Lada sulah
Lada hitam
Mentega sedikit
Sedikit susu segar
Kacang panggang dalam tin apa-apa jenama.
5. Salad mayonis
Bahan-bahan salad mayonis:
Salad dipotong dan bersihkan
Minyak zaitun
Lada sulah
Mayonis
Air lemon sedikit
Bahan-bahan ayam:
Dada ayam
Minyak zaitun
Serbuk cili
Lada sulah
Sedikit garam
Gaulkan semua bahan kemudian panggang.
6. Roti wholemeal dan kacang panggang

Bahan-bahan roti:
Roti wholemeal
Telur omelette dan mayonis
Kacang panggang dalam tin
Sos mayonis jenama Kewpie untuk dicicah dengan salad
Pastikan kena rajin siapkan menu ini semua barulah menjadi diet anda. Selamat mencuba!
Sumber: Rida Shafie