Air zam zam merupakan salah satu sumber air bawah tanah yang melalui telaga air zam zam, terletak di Masjidil Haram, Mekah.
Telaga air zam zam merupakan satu-satunya sumber air bersih bawah tanah di Mekah suatu ketika dahulu denga kedalaman 30 meter. Kebiasaannya, air zam zam diberi sebanyak lima liter dan senaskhah al-Quran secara percuma kepada setiap jemaah haji.
Kerinduan berada di Tanah Suci membuatkan para jemaah membawa pulang cenderahati terutama air zam zam. Pastinya jemaah tidak akan melepaskan peluang membawa pulang air zam zam yang dibekalkan ke Malaysia.
Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjualnya di Malaysia sedangkan air zam zam ini dibawah kategori air mineral semula jadi.

Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air berkenaan secara percuma kepada jemaah haji, umrah dan pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti terhad ketika berlepas pulang dari negara itu.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan memaklumkan individu yang melakukan kesalahan itu boleh berdepan tindakan undang-undang.
Mereka yang didapati bersalah menjual, mengimport atau mengedarkan air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.
Air Zam Zam TIDAK DIBENARKAN dijual di Malaysia.
Kenapa? Air Zam Zam dikategorikan sbg air mineral semula jadi (AMS).
Penjualan AMS wajib mendapat lesen drpd KKM mengikut Peraturan 360A, Peraturan2 Makanan 1985.
Tiada lesen dikeluarkan KKM bagi penjualan Air Zam Zam. pic.twitter.com/ipW17L8qeX
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 5, 2020
Larangan ini turut dikenakan atas faktor isu penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna.
Sumber: KKM Putrajaya