Sebut sahaja Jepun, ramai yang sudah mengenali budaya dan adat unik mereka.
Walaupun kadangkala kedengaran agar ekstrem, ramai yang menghormatinya kerana itulah Jepun sejak dahulu.
Disebabkan keunikannya juga, ramai yang memilih negara matahari terbit ini sebagai destinasi percutian bagi melihat sendiri bagaimana ‘tersusunnya’ masyarakat Jepun ini.
BACA: Ambil Tahu Senarai Barang Terlarang Sebelum Travel Ke Jepun
Menggunakan tren sebagai pengangkutan utama mereka, ada beberapa perkara yang perlu anda take note supaya tidak dipandang sebagai kurang ajar.
1. Jangan bersolek ketika dalam tren.
2. Menaiki tren ketika berada di bawah pengaruh alkohol.
3. Tidak membuang sampah di dalam tren dan bawa pulang sampah bersama ketika keluar tren.
4. Jangan menggunakan headphone sehingga bunyinya dapat didengari orang lain.
5. Batuk atau bersin tanpa memikirkan keadaan sekeliling.
6. Berbual dengan suara yang kuat.
7. Menggunakan telefon dengan cara kurang tepat seperti semasa sedang berjalan.
8. ‘Memasukkan’ bagasi dengan cara yang tidak sesuai seperti terlalu banyak atau menghalang laluan.
9. Jaga tingkah laku ketika masuk dan keluar dari gerabak.
10. Duduk dengan cara tidak betul seperti ‘mengangkang’ terlalu luas atau pun menyilangkan kaki.
Selain itu, ada juga adat lain yang boleh anda tahu dengan membaca artikel ini: Kenali 8 Adat Dan Budaya Jepun Sebelum Anda Ke Sana
Jika anda ke Jepun, jangan terbeli snek cenderamata tak halal ini tau. Jika ke 7-Eleven pula ini tip yang boleh anda ikut.
Sumber: Kamal Zharif