Lebih 5 Dekad Beroperasi, Cawangan A&W Petaling Jaya Umum Bakal Ditutup Tahun Ini

Menjadi salah satu lambang kepada bandar Petaling Jaya, cawangan restoran segera A&W ini dikhabarkan bakal meghentikan operasinya tahun ini.

Berita yang disampaikan oleh CEO, George Ang pada 10 Januari lalu dikhabarkan adalah untuk memberi laluan kepada projek pembangunan di sana.

Tapak restoran yang dibeli oleh Kasmuncak Holdings Sdn Bhd itu dijual oleh pemilik terdahulu A&W iaitu KUB Malaysia Berhad. Menurut George, urusan tersebut dibuat sebelum Inter Mark Resources mengambil alih A&W lagi.

A&W Petaling Jaya Tutup Cawangan

Walau bagaimanapun, peminat A&W tak perlu terlalu bersedih. Ini kerana restoran ini masih menjalankan operasinya di 49 cawangan lain.

Malah menyasarkan untuk membuka lebih 20 buah lagi di seluruh Malaysia dengan peruntukan modal sebanyak RM22 juta.

Menyambut ulang tahun ke-100 di peringkat global pada Jun tahun lalu, cawangan di Petaling Jaya (1965) ini merupakan cawangan pertama yang menawarkan khidmat pandu lalu dan merupakan cawangan kedua selepas cawangan pertamanya dibuka pada tahun 1963 di Jalan Tunku Abdul Rahman.

A&W Petaling Jaya Tutup Cawangan 1

Sudah 55 tahun berada di Petaling Jaya, pastinya kehadiran bangunan ini dirindui kerana memori yang dicipta di sini.

Sumber: Malay Mail, Berita Harian