Minuman Buah-Buahan Segar Di Juiceco

Juiceco merupakan jenama minuman jus antarabangsa yang baru dibuka di Malaysia pada Julai 2017. Kalau anda tahu tentang Chatime atau Tealive, jenama-jenama ini fokus kepada bubble tea atau teh yang ada jeli bola tu. Bagi Juiceco pula, ia menyasarkan minuman jus berasaskan buah segar.

Kami pernah pergi ke pembukaan outletnya dia awal bulan Julai 2017 di mana perasmiannya dilancarkan oleh Kareena Kapoor. Bukan main-main dia punya duta. Artis Bollywood terus dia panggil.

Outlet pertama Juiceco ini berada di Jalan Telawi, Bangsar berdepan dengan kedai mamak Nasi Kandar Pelita. Dengan lokasinya di area situ, rasanya berapa dia letak harga? Mestilah harga premium standard Starbucks.

Istimewanya, memang semua menu dia gunakan bahan mentah segar terdiri daripada buah-buahan. Adalah beberapa menu yang lain dibuat secara fussion campur dengan coklat macam Oreo atau Snickers. Kalau makanan pula dia terdiri daripada salad-salad. Kaauu nak makan berat, boleh singgah mamak seberang jalan.

juiceco

Antara menu yang pernah kami cuba ialah Jamaica, Banana Ice Cream, Avocado Ice Cream dan Falooda. Dia guna buah yang segar tau, jadi jangan harap rasa dia macam mango shake tepi jalan yang selalu anda minum. Memang manis buah saja yang anda akan dapat dengan Juiceco ni. Oklah untuk orang yang nak berasa sihat.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Juiceco ni, pergi singgah Facebook Page dia kat sini.