Salar de Uyuni, Padang Pasir Cerminan Alam

Salar de Uyuni merupakan padang pasir yang terletak di bandar Potosi, barat daya Bolivia, Amerika Selatan. Berbezanya ia dengan padang pasir yang biasa kita kenal, Salar de Uyuni mempunyai permukaan rata yang dipenuhi dengan garam kristal.

Berkeluasan 6, 805 kilometer dan berada pada ketinggian lebih daripada 3, 048 meter dari aras laut, padang pasir ini telah digelar sebagai “syurga di bumi”.

Mengapa ia dipanggil demikian?

Ini adalah kerana permukaan garam lembap yang berada di Salar de Uyuni boleh menghasilkan pantulan imej yang jelas bagaikan sebuah cermin yang besar. Ia mewujudkan satu ilusi bahawa langit dan bumi bersambung tiada sempadan menjadikan ianya sangat menarik untuk dipandang.

Kesan terhasilnya imej itu adalah disebabkan kristal garam di permukaannya berkilauan bagaikan cermin. Difahamkan kadar kepekatan garam di Salar de Uyuni adalah tertinggi di dunia berbanding tempat lain.

Jom lihat suasana di Salar de Uyuni.

salar de uyuni

Salar de uyuni

Salar de uyuni

Salar de uyuni

Salar de uyuni

Dahulunya, Salar de Uyuni merupakan sebuah danau dari sejak zaman prasejarah lagi. Pada masa kini, danau tersebut telah dilitupi dengan kerak garam.

Ini antara lokasi yang sangat menarik untuk anda kunjungi dan dicadangkan jika hendak ke Salar de Uyuni, elok pergi pada bulan Mei ataupun November. Ini kerana cuaca panas pada waktu itu menjadikan kawasan Salar de Uyuni sesuai untuk dikunjungi berbanding pada musim hujan. Kalau hujan, kelam masa hadapan nak lihat pemandangan cermin sebesar alam.