
Mexico merupakan sebuah negara yang terletak di benua Amerika Utara dan bersempadan terus dengan Amerika Syarikat. Negara yang berkedudukan di rangkaian Amerika Latin ini pada hemat MakanLena bukanlah sebuah negara yang terkenal dengan kemajuan teknologi dan pelancongan.
Tapi kami silap dan terus berubah fikiran apabila menonton video yang bakal anda saksikan di bawah.
Rupa-rupanya, Mexico memiliki lebih daripada 42,000 tapak arkeologi dan 31 daripada tapak-tapak tersebut merupakan lokasi yang diwartakan UNESCO sebagai tapak warisan dunia.
Mexico juga mempunyai kepelbagaian bio yang sangat tinggi, iaitu 12% dari keseluruhan spesies tumbuhan dan haiwan di seluruh dunia sekaligus menjadikan mereka berada pada kedudukan ke-4 negara yang punyai kepelbagaian bio terbesar dunia.
Nak tahu lebih lanjut apa yang menarik di Mexico? Jom tonton video di bawah.