Demi mengejar like atau engagement di media sosial, sesetengah influencer sanggup melakukan apa sahaja.
Termasuklah dengan seorang influencer serta jurugambar yang berasal dari Hong Kong, Harimao Lee ini. Tiada bezanya.
Beliau telah dikecam oleh netizen kerana merakamkan gambar yang tak masuk akal ketika berada di dalam penerbangan di tempat duduk kelas perniagaan.
https://www.instagram.com/p/BmqRX9igoaN/?utm_source=ig_embed
Harimao menaiki pesawat milik Cathay Pacific menuju ke arah Rome, Itali. Beliau merakamkan gambar duduk sambil minum champagne dan yang menariknya ialah suasana ketika itu diterangi dengan lampu neon.
Antara komen daripada netizen adalah seperti, berapa lama masa yang diperlukan oleh beliau untuk menghasilkan gambar sebegini. Ada juga yang mempersoalkan kenapa beliau membawa lampu tersebut di dalam kapal terbang.
What the actual f*ck? Who in their right mind brings fairy lights on a plane? pic.twitter.com/VGZ0AtBGNs
— SOPLANE NIK 🌈😷🏡 (@FlySOPLANE) September 18, 2018
Trying to bring back the romance and glamour of first class air travel? Amazing length one can go to to get ‘likes’……
— Wayne Kwong (@waynewykwong) September 19, 2018
Selain daripada itu, terdapat komen netizen yang menyatakan beliau sebenarnya duduk secara terbalik daripada tempat asal kelas perniagaan itu lantas menimbulkan tanda tanya ramai pihak.
https://www.instagram.com/p/BnldDblgOIN/?utm_source=ig_embed
Harimao punyai lebih daripada 127,000 pengikut di laman Instagram miliknya. Sebaik tiba di Itali, beliau masih merakamkan gambar bersama lampu neon yang dikuasakan dengan bateri.
Sumber: MamaMia