Pendaki Hilang Ditemui Percaya Ikuti ‘Puteri’ Di Gunung Singai

Seorang lelaki yang hilang selama enam hari ketika mendaki di Gunung Singai, Bau, Sarawak di sini memberitahu kepada pasukan penyelamat bahawa beliau bertemu dengan ‘seorang wanita cantik persis puteri’ ketika berada di kawasan gunung tersebut.

Stanley Kho yang berusia 22 tahun juga memberitahu pasukan penyelamat bahawa ‘wanita’ terbabit telah memberi beliau bunga daripada hutan sebelum beliau meneruskan perjalanan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat juga melaporkan bahawa Stanley telah tergoda dengan kecantikan ‘wanita’ yang ditemuinya lantas mengikutinya tanpa bertanya dengan lebih lanjut.

‘Wanita’ itu juga telah menjaga beliau ketika Stanley mengalami kecederaan semasa mendaki gunung terbabit.

Dilaporkan mangsa terdengar pasukan penyelamat memanggil namanya ketika beliau sedang berehat di kawasan berbatu di kaki bukit. Walau bagaimanapun, Stanley dilaporkan tidak mampu menyahut kembali panggilan pasukan penyelamat kerana dipercayai beliau tidak mampu bercakap ketika itu.

Penduduk tempatan mempercayai bahawa kawasan hutan dan gunung tersebut dijaga oleh makhluk alam ghaib dalam bentuk lelaku dan wanita yang mempersonakan.

Stanley dijumpai oleh penduduk Kampung Tanjung Bowang apabila terdengar rintihan beliau meminta tolong ketika di dalam hutan.

Penduduk kampung kemudiannya melaporkan kepada pasukan penyelamat. Stanley dipercayai hanya berpakaian seluar pendek ketika ditemui pada jam 8.30 pagi waktu kejadian pada 23 September 2018.

Beliau juga berada dalam keadaan lemah serta mengalami dehidrasi bersama kaki kanannya yang cedera. Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii melaporkan Stanley digegaskan ke Hospital Sarawak untuk meneruskan rawatan lanjut.

Tiong juga melaporkan lebih daripada 300 orang penyelamat termasuk penduduk kampung serta NGO dikerahkan untuk membantu proses pencarian Stanley.

MakanLena rasa perjalanan Stanley ini bagaikan Hussin dalam Hantu Kak Limah pula. Jom kita layan OST Hantu Kak Limah.

Sumber: New Straits Time