
Kepada yang jadi Otaku anime Jepun, ini merupakan lokasi penting bagi anda lawati sekiranya berada di Jepun. Nak tahu di mana? Jom ikuti turutan di bawah.
1. Fujiko F. Fujio Museum, Kawasaki

Siapa tak kenal Doraemon. Antara karya agung kartunis Fujiko F. Fujio. Terdapat juga watak lain ciptaan beliau seperti Perman, Kiteretsu dan lain-lain.
Seronok dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu bukan? Tiket boleh didapati di Loppo vending machine di kedai serbaneka Lawson.
2. J-World Tokyo, Ikebukuro

Watak kartun yang ada di sini adalah seperti Dragon Ball, Naruto, One Piece, Bleach, Gintama dan lain-lain.
Ianya merupakan taman tema kecil indoor yang terletak di dalam pusat membeli belah Sunshine City, Ikebukuro. Terdapat tarikan berupa mini game, pertunjukan hero dan maskot watak-watak popular untuk bergambar bersama.
3. Ghibli Musem, Mitaka

Studio Ghibli terkenal dengan watak seperti My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away dan lain-lain.
Merupakan salah satu muzium yang paling sukar untuk dilawati kerana had bilangan pengunjung yang sedikit setiap hari.
4. Gundam Statue, Odaiba

Odaiba merupakan pulau buatan yang dibina berhampiran Tokyo. Bagi peminat Gundam pasti tahu tentang robot RX78-2.
Patung berskala 1:1 ini tersergam di Odaiba dan ada pertunjukan laser show setiap hari bermula 7.30 malam.
5. Pokemon Center Mega Tokyo, Ikebukuro

Lokasi wajib pergi bagi Pokemon Trainer. Antara barangan cenderhati yang tersedia di sini ialah Plushie, alat tulis, snek dan lain-lain.
Kebanyakan daripada watak Pokemon yang berada di sini adalah daripada watak Pokemon yang baharu.
6. Detective Conan Town, Hokuei, Tottori

Pelukis manga Detective Conan, Gosho Aoyama dilahirkan di sini. Anda boleh dapati terdapat banyak tugu Conan, Shinichi, Ran, Pakcik Mouri dan lain-lain watak di sekitar bandar ini.
7. Akihabara Electronic Town

Anda bukan Otaku sebenar jika tidak singgah di sini. Terdapat banyak kedai figura dan merchandise di sini seperti Kotobukiya, Mandarake, Animate, dan Akiba Culture Zone.
Maid Cafe juga antara tarikan menarik di Akihabara yang anda patut cuba.
8. Nakano Broadway

Satu lagi lokasi wajib singgah para Otaku. Kawasan ini agak terpencil yang terletak berhampiran Shinjuku.
Terdapat barangan yang lebih rare ada di sini berbanding Akihabara.
9. Tokyo One Piece Tower, Tokyo Tower

Merupakan taman tema indoor khas One Piece di Tokyo Tower. Terdapat pertunjukan pentas yang dilakokan oleh ahli kumpulan Lanun Luffy, restoran Sanji, dan merchandise shop.
10. Otome Road, Ikebukuro

Sebuah kawasan di Ikebukuro yang terdapat banyak kedai menjual merchandise bagi peminat wanita. Butler Cafe juga terdapat di sini.
Macam mana? Seronokkan travel ke Jepun. Kalau dah penat berjalan tu, bolehlah singgah mandi kolam air panas di sana. Memang syok!
Sumber: Sushi Travel – Trip Halal Jepun