
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, Perak didatangi dengan kes seramai 53 orang pelajarnya mengalami keracunan makanan selepas memakan telur hancur di dewan makan.
18 orang pelajar perempuan dan selebihnya pelajar lelaki mengalami pening, loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit selain demam dan kekejangan otot pada pukul 2 pagi.
Menurut Exco Kesihatan Perak, A Sivanesan, ini merupakan kes kali kedua berlaku melibatkan penyedia makanan di SBPI Gopeng tahun ini.
Aduan polis telah dibuat terhadap pengendali makanan agar siasatan rapi dapat dijalankan serta premis dapur telah disita oleh Pusat Kesihatan Daerah Kampar.
Dilaporkan keadaan pelajar berkenaan berada dalam keadaan stabil dan telah diberikan rawatan.
Lagi: Sah! Bakteria Dalam Mi Laksa Punca Keracunan Di Kupang
Sumber: Projek MM