Kesesakan Jalan Raya Jakarta Selamatkan Nyawa Lelaki Ini Daripada Menaiki Lion Air

Seorang lelaki Indonesia menyifatkan bandar Jakarta yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas itu secara tidak sengaja telah menyelamatkan nyawanya pada Isnin lalu kerana terlewat tiba di lapangan terbang untuk menaiki pesawat malang Lion Air yang terhempas ke dalam laut selepas beberapa minit berlepas.

Sony Setiawan yang juga seorang pegawai kementerian kewangan Indonesia dilaporkan bakal menaiki penerbangan JT610 itu hampir setiap minggu atas urusan kerja.

Walaupun telah selalu menempuh kesesakan jalan raya di Jakarta bersama rakan sekerja, pada hari tersebut Sony telah terperangkap berjam-jam lamanya di atas lebuh raya.

Kesesakan jalan raya tersebut benar-benar menyelamatkan nyawanya kerana menurut laporan rasmi, tiada siapa yang terselamat daripada kemalangan yang terjadi ke atas penerbangan itu.

Walaupun berasa lega, beliau tetap berasa sedih dengan kehilangan kesemua penumpang dan anak kapal penerbangan tersebut, termasuklah rakan-rakannya yang juga turut berada dalam pesawat itu.

Sony yang berasal dari Bandung di Barat Jawa berjaya menaiki penerbangan kedua ke bandar Pangkal Pinang dan hanya mengetahui kejadian malang tersebut menimpa pesawat JT610 selepas selamat mendarat.

Apanila Sony membuat panggilan telefon kepada keluarganya, mereka benar-benar beremosi dan ibunya menangis kerana dapat tahu beliau tidak berada dalam penerbangan malang tersebut dan telah terselamat.

Untuk rekod, seramai 189 orang di atas kapal apabila penerbangan tersebut hilang daripada radar selepas 13 minit berlepas daripada ibu negara Indonesia lantas terhempas di Laut Jawa.

Kementerian kewangan Indonesia melaporkan seramai 20 orang pegawainya berada di dalam penerbangan malang itu.

Sumber: Tribun Jakarta