Bercuti Dalam Ladang New Zealand di Ayer Hitam, Johor

Jika anda belum pernah merasai pengalaman bercuti dalam ladang, UK Farm Agro Resort yang bertempat di Ayer Hitam, Johor menyajikan pengalaman ini kepada setiap pengunjung.

AgroFarm2
Kredit: discoverjb.com

Memulakan operasi sejak 2010, ladang yang dengan keluasan 40 hektar ini terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan antaranya melawat taman bunga dan zoo mini, memberi makan kepada haiwan dan menunggang kuda di padang seperti yang terdapat di New Zealand. Bukan itu sahaja, UK Farm turut menawarkan konsep agro pelancongan lengkap seperti yang ditawarkan di ladang-ladang pertanian berskala besar di luar negara!

Bermula dengan lawatan ke taman bunga lavender dan zoo mini, pengunjung akan dibawa juga melihat sendiri bagaimana kaedah penghasilan bahan makanan untuk kambing selain daripada menikmati buah-buahan di Arked Tropikal dan ladang sayuran hidroponik.

AgroFarm
Kredit: discoverjb.com

Antara pakej yang ditawarkan ialah bersiar dengan bas mini, menunggang kuda, Night Tour dan pakej bermalam di ladang. Bermula 2017, pengunjung terutamanya dari luar negara dapat menyelami budaya masyarakat tempatan dengan adanya program ‘kampung angkat’ dan program pertukaran budaya di SMK Sri Lalang, Kluang.

UK Farm
Kredit: SGMYTAXI

Terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan pelancongan Ayer Hitam, UK Farm semakin mencipta nama sebagai pusat agro pelancongan terkemuka di Asia kerana berjaya menarik lebih 3,000 pelajar dari negara Jepun, Korea dan China untuk mengadakan lawatan sambil belajar sama ada di peringkat sekolah menengah atau pun kolej pada setiap tahun.

UK FarmUK Farm yang diambil dari pangkal nama Pengarah Urusannya, Goh Un Keng, 48, menyatakan bahawa pembukaan UK Farm adalah disebabkan kejayaannya dalam menceburi bidang penternakan kambing susu dan daging di Parit Yaani, Yong Peng yang pada mulanya hanya terdapat kandang kambing serta ladang markisa. Un Keng mengambil inisiatif untuk memajukan sektor agro pelancongan khusus yang menawarkan percutian gaya ladang lengkap seperti yang kebiasaannya boleh dinikmati di luar negara sahaja.

Lokasi: Lot 8, Projek Pertanian Moden Ayer Hitam KM 13, Jalan Batu Pahat-Kluang (9 kilometer dari Tol Ayer Hitam)

Sumber: Berita Harian Online