Laksa Kebok Boleh Beroperasi Semula

Premis Laksa Kebok dari Kampung Sri Landak, Kupang, Baling telah mula beroperasi secara rasmi berikutan perniagaan itu mendapat kebenaran untuk dibuka semula.

Laksa kebok
Sumber: Kosmo

Pejabat Kesihatan Daerah Baling datang dan membuang pita larangan selepas perniagaan itu terpaksa ditutup sejak 8 Oktober lalu akibat isu keracunan yang melibatkan 83 kes termasuk dua kematian.

laksa kebok
Sumber: Kosmo

Premis ini mula beroperasi seawal jam 11 pagi sehingga waktu petang. Menurut pengusahanya, Daud Ismail, sambutan pada hari pertama pembukaan semula tidak seperti kebiasaannya. Menurut beliau lagi, orang ramai masih belum tahu premis itu sudah boleh beroperasi kerana mereka belum membuat sebarang promosi untuk dimaklumkan kepada orang ramai.

Pada hari pertama pembukaan premis itu, sebanyak 28 kilogram laksa disediakan dan hanya sebanyak 8 kilogram laksa yang habis dijual.

Orang ramai kini boleh berkunjung ke gerai Laksa Kebok yang dihasilkan sendiri secara tradisional sejak sekian lama tanpa ragu-ragu.

Sumber: Sinar Harian