
Seorang remaja dari Australia meninggal dunia selepas menanggung derita selama lapan tahun akibat daripada terlalu berani menyahut cabaran rakannya. Remaja tersebut, Sam Ballard tidak akan menyangka bahawa perbuatannya semasa menyambut pesta pada 2010 itu akan mengubah 100% kehidupannya.

Penderitaan Sam bermula akibat daripada perbuatannya makan lintah bulan tanpa berfikir panjang. Selepas beberapa hari daripada peristiwa itu, Sam mengadu kakinya sakit teruk dan menyangka beliau menghidapi sakit multiple sclerosis (MS) sama seperti ayahnya.
Doktor kemudian mengesahkan Sam dijangkiti kencing tikus dan beliau terpaksa menghabiskan masa tiga tahun rawatan di hospital. Dengan bantuan kerusi roda bermotor, Sam meneruskan kehidupannya yang benar berbeza daripada dahulu.

Lintah yang dijangkiti kencing tikus itu turut menyebabkan Sam koma selama 420 hari selain daripada disahkan menghidapi kerosakan pada otak. Dan beliau perlu untuk terus bergantung pada ubat-ubatan dari hospital yang menelan kos tinggi.
Ini yang orang kata, sebelum bertindak fikir dahulu kesan dan akibat dari setiap perbuatan. Jangan kerana mahu tunjuk hebat, kelak boleh merosakkan diri sendiri.
Sumber: Astro Awani