Negara Ini Bakal Atasi Perancis Sebagai Destinasi Popular

Rata-rata dalam kalangan pengembara akan menyenaraikan destinasi pelancongan seperti di Eropah, Afrika atau Hawaii sebagai destinasi wajib pergi. Namun, tahukah anda negara yang tergolong dalam senarai 7 Keajaiban Dunia bakal menjadi destinasi pilihan pada 2030 dan bakal menurunkan takhta destinasi popular yang dipegang sebelum ini iaitu Perancis.

Kumpulan penyelidikan pasaran, Euromonitor International mengeluarkan satu kenyataan iaitu peningkatan pelancong ke China mencecah 5% sejak tahun lepas, dengan anggaran 1.4 bilion trip sepanjang tahun 2018. Ini menunjukkan peningkatan yang terbaik bagi industri pelancongan di China.

Faktor peningkatan pelancong ke China adalah disebabkan lambakan pelancong negara-negara Asia sejak kebelakangan ini. Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pelancongan Euromonitor, Caroline Bremner semasa di pameran perdagangan pelancongan World Travel Market London, pelancong dari negara-negara jiran serta peningkatan golongan kelas pertengahan di Asia dikatakan sebagai alasan utama bahawa China akan mengatasi Perancis dalam jangka masa panjang sebagai destinasi percutian paling popular di dunia.

china industri popular
Sumber: Forimmediaterelease

Seluruh dunia juga mengetahui, China sering mengejutkan dunia dengan menampilkan gaya tersendiri untuk menarik minat orang luar dan menghiburkan para pelancong dengan keunikan yang disaji ke negara itu. Selain itu, faktor yang memberi peningkatan terhadap industri pelancongan China apabila banyak syarikat penerbangan yang mempromosi tiket tambang murah dan ia memudahkan urusan pelancongan ke sana.

Ini juga berita baik bagi negara China, di mana Beijing akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang pastinya akan menarik ramai pelancong ke sana. China juga dijangka mengatasi Amerika Syarikat dan Jerman sebagai negara pengeluar terbesar di dunia.

china industri popular
Sumber: Klick

Malaysia juga tersenarai dalam pelancongan santai diikuti dengan China, Thailand, Hong Kong, Macau dan Jepun yang dijangka menjadi saingan kuat pada masa akan datang.

Berikut adalah lima pasaran negara pengeluar utama yang diramal pada tahun 2030:

1. China
2. USA
3. Jerman
4. United Kingdom
5. Perancis

Jadi, inilah masanya untuk anda yang suka mengembara dunia terokai China sebagai destinasi pilihan sebelum pengembara yang lain pergi dahulu. Jom kenali keunikan dan peradaban masyarakat China dengan lebih dekat!

Sumber: Malay Mail