Chinatown, KL Di Ambang Kematian

Jalan Petaling yang juga dikenali sebagai Chinatown pada dahulunya dikenali sebagai salah satu tempat persinggahan wajib apabila pelancong berkunjung ke Kuala Lumpur. Dengan suasana tradisional terutamanya pada waktu malam, para pelancong akan sanggup menyusuri setiap susur jalan yang ada untuk melihat barangan jualan di sana.

Namun, kini semuanya seakan hilang. Dalam masa beberapa tahun belakangan ini, Chinatown kelihatan mati dan suram dengan keuzuran bangunan yang tidak dibaik pulih sejak 18 tahun lalu! Kerosakan yang disebabkan oleh hujan lebat dan angin kuat pada September lepas masih lagi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak yang berkenaan.

ChinaTown Petaling Street Mati

Tambahan pula, lambakan orang asing yang menjadi penjual dan barangan tiruan di sana tidak lagi menjadikan Chinatown ini sebagai ‘China’ lagi. Selain itu, pengunjung juga perlu berhati-hati dengan penyeluk saku yang sentiasa menanti peluang melakukan jenayah kepada para pelancong yang terleka. Rasa tidak selamat dengan keadaan persekitaran bukan sahaja menyebabkan pengunjung dari luar dan dalam negara mengelak untuk melawat ke sini, tetapi juga pada penduduk setempat.

ChinaTown Petaling Street Mati

Usaha Dewan Bandaraya yang melakukan beberapa kerja untuk mengindahkan Jalan Petaling masih lagi tidak mampu untuk memanggil para pelancong kembali ke sini. Jalan Petaling yang semakin hilang identitinya perlu segera dilakukan pembahruan dan proses baik pulih supaya ianya kembali menjadi destinasi wajib setiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur.

Pendapat anda pula bagaimana?

Sumber: Malaysia Kini