KTMB Tawar Diskaun Tiket ETS Hingga 50%

Anda sudah ada perancangan untuk bercuti sebelum berakhirnya tahun 2018 dengan menggunakan perkhidmatan ETS? Memang ‘kena’ sangatlah dengan promosi yang sedang dijalankan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ni.

Sehingga akhir tahun 2018 ini, KTMB menawarkan diskaun harga tiket ETS sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada orang ramai yang menggunakan khidmat ini. Promosi yang dijalankan bermula 1 November sehingga 31 Disember dengan tawaran potongan sebanyak 25% dan 50% ini hanya boleh dibeli di kaunter tiket KTMB.

Potongan untuk 25% adalah dibuka kepada orang ramai yang ingin melakukan perjalanan pada hari Selasa dan Rabu untuk pergi ke mana-mana sahaja destinasi pilihan mereka! Manakala bagi diskaun 50% adalah untuk perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja bagi laluan KL Sentral-Gemas-Kl Sentral dan Sungai Petani-Padang Besar-Sungai Petani.

Jadi tunggu apa lagi, jangan berlengah untuk dapatkan tiket anda sekarang di kaunter berhampiran! Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah lawati laman Facebook rasmi KTMB.

Sumber: Facebook KTM Berhad