Pramugara Malaysia Seludup 150,000 Pound

Seorang pramugara rakyat Malaysia ditahan ketika cuba menyeludup keluar wang dari United Kingdom yang bernilai £150,000 (RM807,305) dalam dua beg miliknya. Ketika ditahan oleh pihak keselamatan, beliau memberikan alasan ingin membeli beg dan jam tangan mewah jenama Harrods di London tetapi tidak sempat kerana kepenatan.

Pihak keselamatan turut menjumpai dua resit pembelian daripada Primark pada hari yang sama dia mendakwa kepenatan selain daripada kad pendaftaran pelanggan agensi pertukaran wang untuk rakyat Malaysia. Pramugara tersebut gagal menjelaskan perkara tersebut dan ujian lanjut mendapati bahawa wang berkenaan mempunyai kesan dadah jenis kokain.

Pramugara yang berasal daripada Selangor ini kemudiannya ditahan kerana terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram. Beliau cuba menggunakan statusnya sebagai kru kabin penerbangan yang telah berkhidmat selama 15 tahun untuk menutup kejadian jenayahnya.

Pramugara Seludup Wang
Sumber: Berita Harian

Kumpulan jenayah ‘keldai wang’ akan menggunakan mangsa seperti suspek untuk memainkan peranan penting dalam memindahkan wang hasil kegiatan haram mereka. Suspek yang berusia 37 tahun itu kemudiannya mengaku bersalah semasa perbicaraan di Mahkamah Isleworth Crown dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selain daripada wang rampasan dilucut hak mengikut Akta Pencegahan Jenayah.

Sudah banyak kes penahanan yang melibatkan penyeludupan wang haram di lapangan terbang dilaporkan. Jangan kerana mahu mendapatkan wang secara ‘cepat’, kita sampai hilang nilai diri dan etika. Bila sudah jadi begini, kan sudah susah.

Sumber: Harian Metro