Ini Cara Betul Masak Pasta

Apabila tiba-tiba berasa lapar dan pada waktu yang sama, kita ‘malas’ untuk memasak lauk-pauk kerana memerlukan masa yang lama, pasti kita terfikir untuk menyediakan makanan yang mudah dan cepat. Kebanyakan orang akan memilih untuk memasak hidangan lengkap seperti memasak pasta kerana cara masakannya tidak renyah.

cara betul masak pasta
Sumber: Providr

Kononnya semua orang tahu cara memasak pasta, tetapi anda mungkin terkejut bahawa cara memasak selama ini sebenarnya salah! Tahukah anda, chef-chef profesional atau orang-orang tua di Itali jika memasak tidak akan membuang air pasta yang ditos ke dalam sinki.

Ya, mereka tidak akan membazirkan air rebusan pasta begitu sahaja kerana air pasta tersebut sebenarnya bahan rahsia untuk menyedapkan pasta anda. Di sana, air rebusan pasta dipanggil “cecair emas” yang perlu digunakan dalam masakan, bukannya dibuang begitu sahaja.

Merebus pasta dengan air yang diletakkan sedikit garam dan minyak zaitun menghasilkan proses yang dipanggil pengemulsian. Sekiranya anda menyimpan sedikit air rebusan pasta itu, hidangan yang anda rasa biasa itu pasti berubah menjadi hidangan lazat!

Tambahan pula, air rebusan itu membantu menguatkan lagi kelazatan sos pasta seperti marinara, pesto atau taburan keju parmesan yang digaul bersama pasta. Hasilnya, pastilah menakjubkan seperti hidangan asli dari Itali yang lemak berkrim tanpa kelihatan berair di pinggan anda.

Ini cara menyimpan air rebusan pasta.

1. Jika anda rasa mudah untuk toskan air pasta begitu sahaja, sebelum itu pastikan anda menyimpan beberapa senduk air rebusan ke dalam mangkuk.

2. Atau anda boleh toskan air rebusan itu dengan melapikkannya dengan periuk.

3. Untuk pasta panjang seperti spageti, angel hair dan fettuccine, anda hanya perlu menggunakan penyepit untuk memindahkan pasta yang dimasak ke bekas lain.

Mungkin anda berasa skeptikal tentang betapa pentingnya air rebusan pasta ini, tetapi kalau tidak mencubanya, kita tidak tahu kan? Ia sains!

Sumber: Stars Insider