‘Silent Airport’ Di KLIA Dan KLIA2

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 akan menyertai kempen Silent Airport bermula Disember ini. Dalam satu hantaran di Twitter, syarikat penerbangan MAS Airlines memaklumkan tidak akan ada lagi pengumuman yang akan dibuat berkenaan dengan maklumat penerbangan.

Buat anda yang akan terbang ke mana-mana destinasi di lapangan terbang pada Disember ini, diharapkan supaya sentiasa peka dengan masa perjalanan anda. Sentiasa lihat papan informasi digital untuk sebarang makluman mengenai penerbangan anda.

Kempen Silent Airport ini bertujuan untuk mengurangkan suasana bising dan mengganggu. Kempen ini tersebar meluas dan sudah menjadi trend di banyak lapangan terbang seperti di Amerika Utara, Afrika, Eropah dan Asia.

Bukan hanya di KLIA dan KLIA2, kempen Silent Airport ini turut sudah beroperasi antaranya di Lapangan Terbang Chennai, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Hong Kong serta Lapangan Terbang London City.

Silent Airport
Sumber: Mirror

Oleh itu, diharapkan buat anda yang bakal terbang dari KLIA dan KLIA2 sila peka dengan masa penerbangan anda supaya tidak terlepas pesawat. Jangan pula nanti ada episod mengejar kapal terbang pula.

Sumber: Astro Awani