Star Wars ‘Turun Padang’ Di Resort World Genting

Anda peminat kipas susah mati Star Wars? Selalu membayangkan anda akan bertempur bersama watak-watak kegemaran anda?

Jangan risau, Resort World Genting akan merealisasikan impian anda dengan menubuhkan satu lagi daya penarik di kawasan tersebut. Dengan menggunakan teknologi terkini yang canggih, anda boleh ‘menyentuh’ figura kesayangan anda melalui pengalaman realiti maya.

The VOID membolehkan anda merasai pengalaman beraksi dalam dunia maya Star Wars sama ada secara sendiri atau pun berkumpulan. Dalam tempoh masa 30 minit, anda akan berjuang untuk mencapai misi memulihkan planet Mustafar yang hampir mencair; selamatkan pemerintahan akibat daripada pemberontakan.

Plot cerita yang akan mengikut deria anda melalui pelbagai cara (tidak teratur) akan menjanjikan pengalaman yang berbeza untuk setiap orang. Dengan harga tiket seorang RM130, memang berbaloilah untuk peminat tegar Star Wars mencubanya.

Merupakan kolaborasi antara ILMxLAB, ini merupakan taman tema indoor yang pertama di Malaysia. Oleh itu, anda disarankan untuk membeli tiket secara atas talian untuk memudahkan perjalanan; tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah layari laman Resort World Genting dan The VOID.