Jika sudah namanya Ahmad Maslan, buatlah apa sahaja pasti menjadi sebutan netizen. Ahli Parlimen Pontian ini memang terkenal dengan masakan-masakan beliau yang bukan sahaja unik, tetapi turut menyelitkan jenaka dan sindiran terhadap isu semasa di Malaysia.
BACA: Nasi Goreng Petai Ahmad Maslan, Hidangan Penutup Tahun 2018
Membuktikan kreativiti boleh dicurahkan dalam pelbagai bentuk, Ahmad Maslan tampil dengan resepi baru beliau iaitu Nasi Goreng Strawberi sempena peristiwa pilihanraya kecil kawasan Cameron Highland.
Tidak susah katanya, hanya perlukan bahan seperti nasi, bawang, telur, ikan bilis, lada, sos cili, kobis, garam, minyak sawit dan strawberi yang dibelah dua. Yang paling penting buah strawberi tersebut didatangkan khas dari Cameron Highland.
Nasi Goreng #Strawberry !!
Asyik2 nasi goreng. Tak reti masak yg lain ke?Reti tapi ini special sbb strawberry beli di #CameronHighlands sempena pilihan raya kecil
Nasi, bawang, telur, bilis, lada, sos cili, kobis, garam, minyak sawit & strawberry dibelah dua
Sedap..sila cuba pic.twitter.com/hu5v2yOIQi
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 13, 2019
Mendapat pelbagai respon daripada netizen, resepi Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan ini turut menarik perhatian Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan bahawa masakan tersebut sebagai gross.
Saya penyokong tegar masakan @ahmadmaslan. Tapi ini gross. https://t.co/Iy0IavFzMG
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 13, 2019
Tidak peduli dengan kecaman netizen, Ahmad Maslan mempunyai peminat masakannya yang tersendiri sehingga ada di antara mereka meminta agar beliau membukukan kesemua resepinya.
Ini cara betul nak pakai strawberry. Boleh diberi nama Pavlova Ahmad Maslan. @ahmadmaslan pic.twitter.com/4USwbG1K7H
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 13, 2019
https://twitter.com/UzairJasmin/status/1084341160024264704
Ini bukan fusion food. Ini satu peringkat lebih tinggi:
Con-fusion food pic.twitter.com/CtzCO0Tz0b
— Pak Ngah Shamsul (@shamsul__kamal) January 13, 2019
Ya Allah, tetiba rasa nak cuba ni DS. Thanks for the idea.
— Chuah Kee Man (@keemanxp) January 13, 2019
Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan ini bukanlah yang pertama menggunakan buah tersebut sebagai bahan dalam masakan kerana di Cameron Highland hidangan berasaskan buah ini adalah biasa.
Saya tak kata resipi saya sesuatu yg original.
Org lain pun dah buat nasi goreng strawberry & nasi lemak strawberry. 4 gambar ini bukan masakan saya. Org lain dah buat pun. Apa yg nak dihairankan sangat.
Kreativiti itu tanpa had. Yg tidak jenayah & tidak berdosa boleh dicuba. pic.twitter.com/bXLfTTn3YR
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 13, 2019
Banyak inovasi nasi goreng yang dibuat oleh YB Ahmad Maslan ni. Anda rasa layakkah beliau untuk digelar sebagai Bapa Inovasi Nasi Goreng? Apa-apa pun, YB memang pakar dalam menghiburkan netizen.
Bahayanya! Ada makanan yang boleh jadi racun bila dipanaskan semula.
6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.