Ini Hotel Mewah Dengan Cuaca Terpanas Yang Pernah Dikunjungi Neelofa

Pernahkah anda membayangkan percutian mewah anda di kawasan terpanas? Dikelilingi kawasan padang pasir, kononnya mahu merasai pengalaman seperti orang-orang Arab kaya?

Jika iya, ketahuilah anda bahawa impian anda kini sudah boleh direalisasikan! Memberikan kelainan semasa melancong, Hotel Qasr Al Sarab ini terletak di tengah-tengah gurun pasir terbesar di dunia dan tidak terganggu dengan aktiviti manusia.

Hotel Qasr Al Sarab
Sumber: Instagram @neelofa

Jauh dari semua orang! Boleh sampai dengan dua jam perjalanan kenderaan darat dari bandar Abu Dhabi, Hotel Qasr Al Sarab ini lengkap semuanya; vila mewah, kolam renang peribadi, restoran dan spa taraf kelas pertama.

Terletak jauh dari bandar dan di lokasi terpencil, hotel ini diiktiraf sebagai salah satu penginapan terbaik di sana kerana keistimewaannya berada di tengah gurun pasir.

Hotel Qasr Al Sarab
Sumber: CNN Traveller

Mula dibina sejak 2007, Hotel Qasr Al Sarab kini sudah memiliki 154 bilik dan 52 buah vila peribadi dengan keluasan lebih 19,000 hektar.

Pusat hotel seakan menyerupai istana di gurun terlihat sangat menyerlah apabila tibanya waktu malam ditambah pula dengan kolam renang yang dikelilingi pokok kurma, memang terasa Arab sangat.

Lebih layan lagi bila ada restoran yang membolehkan pengunjung berbaring di sofa dan melihat bintang-bintang di langit sambil diiringi alunan serta persembahan muzik tradisional.

Hotel Qasr Al Sarab
Sumber: Prestigia

Mesti anda terfikir, bagaimana hotel ini mengekalkan kebersihan dari pasir-pasir yang dibawa angi, kan?

Sebenarnya hotel ini sudah dirancang menggunakan teknik arah angin (dibina berlawanan dengan arah angin) supaya dapat meminimumkan kesan pasir selain daripada dilengkapi dengan fasiliti pembersihan efektif, antaranya menggunakan bulldozer untuk mengaut pasir.

Walaupun secara terus ditimpa badai padang pasir, Hotel Qasr Al Sarab tetap bertahan kerana lokasi ini dilihat penting sebagai cagar alam yang membantu ekosistem. Turut mengulang pakai air dalam tempoh masa tertentu supaya tidak membebani akuifer dan air tanah sekitarnya. Fungsi ini juga telah menyebabkan antelop oryx Arab kembali pada habitat asal mereka.

Hotel Qasr Al Sarab
Sumber: Prestigia

Bukan hanya itu, pengunjung atau tetamu hotel ini tidak akan bosan kerana pelbagai aktiviti outdoor ada disediakan, antaranya berjalan di gurun, menaiki unta dan bermain papan luncur pasir.

Hotel Qasr Al Sarab
Sumber: Middle East

Bagaimana? Ada yang berminat? Tak perlu jadi seperti Neelofa, hanya sediakan sahaja sekitar RM2,157.30. Tapi ingat nilai tersebut hanya untuk tempahan bilik hotel selama semalaman sahaja tau, tidak termasuk aktiviti dan lain-lainnya.

Nota:

*Akuifer = bahagian bawah tanah yang terdiri daripada kerikil atau batu berliang mengandungi air

Sumber: Travel Detik

Style je Adamdidam ni masak.

5 Resepi Unik Oleh Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.