Taiping Tersenarai Dalam ‘Top 3’ Bandar Lestari Terbaik Dunia

Bandar Taiping sekali lagi mencipta sejarah kerana berjaya tersenarai dalam Senarai 100 Bandar Lestari sebagai pemegang tempat ketiga.

Tersenarai selepas bandar Ljubljana di Slovenia dan Vancoouver, Kanada, kemenangan itu dimaklumkan melalui emel bertarikh 20 Februari lalu kepada Presiden Majlis Perbandaran Taiping, Datuk Rahim Md Ariff.

BACA: 7 Tempat Menarik Wajib Singgah: Taiping, Perak

Majlis penyampaian hadiah kemenangan Taiping dalam kategori Bandar Lestari Terbaik Dunia ini diadakan pada 7 Mac 2019 semasa majlis Internationale Tourismus-Borse Berlin atau lebih dikenali sebagai Pasar Pelancongan Bahasa.

Pemenang bagi senarai ini dipilih oleh Yayasan Destinasi Hijau, sebuah yayasan non-profit untuk pelancongan lestari pada bulan Disember.

Tempat Menarik Taiping

Bukan satu-satunya anugerah yang dipertandingkan, antara kategori lain yang dipertandingkan ialah Anugerah Terbaik Eropah, Anugerah Terbaik Amerika, Anugerah Terbaik Ekopelancongan dan Anugerah Terbaik Kawasan Pantai.

BACA: 7 Tempat Makan Wajib Singgah: Taiping, Perak

Sebelum ini, Malaysia pernah merangkul beberapa anugerah daripada majlis sebelum ini, iaitu:

*Pengurus Destinasi Terbaik 2016 dari Lembaga Promosi Pelancongan Asia Pasifik,
*Standard Pelancong Bersih Asean 2017,
*Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2017 – kategori Warisan Terbaik dan Ekopelancongan, dan
*Anugerah Majlis Pelancongan Malaysia 2018.

Tempat Menarik Taiping

Nampak gayanya, selepas ini rakyat Malaysia tak perlu bercuti jauh-jauh ke luar negara. Teroka sahaja kawasan menarik dalam Malaysia dahulu.

Sebab apa?

Sebab Malaysia pun apa kurang hebatnya di mata dunia. Terbaiklah Taiping. Tahniah warga Taiping!

Sumber: Malay Mail

Kalau craving piza, wajib datang sini. Memang jenis tak kedekut cheese owner ni.

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.