Resipi Bunga Durian, Popular Di Sarawak Dan Indonesia

Tahukah anda bahawa bunga buah durian boleh dimakan dan ada individu yang gemar memakannya?

Menjadi kegemaran orang-orang di Sarawak dan Indonesia, sebelum dimasak, bunga durian perlu disediakan dengan berhati-hati kerana mempunyai lendir dan getah.

Biasanya dijadikan sebagai hidangan sayur atau snek kerana rasanya yang manis, bunga durian perlu direbus atau dicelur ke dalam air panas beberapa minit terlebih dahulu sebelum ditos dan disimpan ke dalam tempat kering.

Bunga Durian
SumberL Blog Sur Bali

Selepas itu, anda bolehlah memasak bunga durian tersebut dengan cara yang anda mahukan; goreng kosong, goreng bersama ikan bilis atau bawang, masak lemak dan masak belacan.

Sama sahaja cara memasaknya seperti hidangan sayur yang lain, bunga durian ini agak sukar didapati di pasar kecuali jika tibanya musim durian.

Kurang dikenali oleh golongan muda masa kini, sebenarnya bunga durian bukan sahaja dimakan kerana rasanya yang sedap, tetapi juga dijadikan sebagai ubat kepada penyakit seperti penyakit kuning, tekanan dan kemurungan kerana mengandungi khasiat vitamin B6.

Nanti jika tiba musim durian, bolehlah cari bunga durian untuk merasa macam mana sedapnya sayuran ini.

Rajin Adamdidam jenguk dapur.

5 Resepi Unik Oleh Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.