Hong Kong Bakal Bina Pulau Buatan Manusia Terbesar Dunia

Bukanlah sesuatu yang baharu apabila manusia mampu membina pulau buatan sendiri untuk tujuan tertentu. Kebanyakan pulau buatan manusia dibina untuk mewujudkan lokasi pelancongan atau tujuan komersial.

Hong Kong merancang membina salah sebuah pulau buatan manusia terbesar dunia yang dianggarkan bernilai RM321 bilion.

Cadangan Hong Kong untuk menuntut semula tanah seluas 1,000 hektar di sekitar Lantau, disebut sebagai penyelesaian bagi menangani isu kekurangan perumahan di negara itu.

Pulau Buatan Manusia Hong Kong
Sumber: Time Out

Hong Kong berharap mereka dapat memulakan usaha menuntut semula tanah berkenaan menjelang 2025 dan membolehkan penduduk berpindah ke pulau tersebut pada 2032.

Dikatakan projek prasarana pulau buatan ini paling mahal dibelanjakan; empat kali ganda kos pembinaan lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dan melangkaui kos pulau buatan manusia Palm Jumeirah di Dubai.

Pulau buatan itu akan bersaiz hampir tiga kali ganda daripada New York Central Park dan bakal menyediakan 260,000 flat.

Projek ini juga berkemungkinan akan menjejaskan hidupan marin terutama ikan lumba-lumba merah jambu di perairan di sekitar Pulau Lantau.

Sumber: The Guardian

 

Daripada selalu makan di luar, cuba masak ikut resipi unik ini. Tonton

5 resipi unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.