Pulau Pinang Antara 19 Pelancongan Terbaik Musim Bunga 2019

Pulau Pinang dipilih sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik oleh CNN Travel, sebaris dengan destinasi pelancongan terkenal seperti Sepanyol dan Jepun serta beberapa bandar di Amerika Syarikat.

Akhbar Amerika itu menempatkan Pulau Pinang pada kedudukan 15 daripada 19 destinasi terbaik pelancongan musim bunga. Namun, kedudukan itu hanyalah mengikut susunan abjad.

Dalam kenyataan tersebut, melawat The Habitat Penang  terletak di pinggir hutan hujan di Bukit Bendera adalah destinasi ideal untuk percutian musim bunga mereka sebelum musim tengkujuh Malaysia. Meneroka kawasan sekitar hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun lebih mendekatkan diri dengan alam.

Pinang Senarai CNN Travel
Sumber: Penanglocal
Pinang Senarai CNN Travel
Sumber: WOB
Pinang Senarai CNN Travel
Sumber: Mstar

Tambahnya, pengunjung dapat meneroka dengan berjalan di titian silara merentasi hutan dengan pemandangan flora dan fauna yang jarang ditemui.

The Habitat turut menawarkan pemandangan tertinggi iaitu 360 darjah gambaran sekeliling pada ketinggian 820 meter dari paras laut termasuk puncak Gunung Jerai dan jelapang padi di Kedah. Dari situ, pengunjung dapat melihat pemandangan seluruh bandar Georgetown dan Laut Andaman.

Selain Pulau Pinang, destinasi yang disenaraikan CNN Travel termasuk Malta, Marrakech di Maghribi, Mendoza ke Patagonia di Argentina, Munich di Jerman, Pulau Naoshima di Jepun, dan Queenstown di New Zealand.

Jika anda tercari-cari lokasi pelancongan yang menerapkan konsep alam semula jadi dan jauh dari kesesakan hutan konkrit, The Habitat Penang wajar dijadikan pilihan.