Selepas ini, pelancong di kawasan pantai Thailand diugut dengan hukuman mati akibat daripada perbuatan suka berswafoto berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket.
Tabiat ini dikatakan telah mengganggu konsentrasi juruterbang untuk berlepas dan boleh menyebabkan kemalangan udara berlaku.
Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Wichit Kaewsaithiam berkata, pihak mereka akan membina zon selamat di kawasan larangan yang tidak boleh dimasuki pelancong dan orang ramai untuk bergambar.
Selain itu, ketua lapangan terbang turut memberi amaran kepada pelancong supaya tidak membawa dron dan pen laser bersinar bagi mengelakkan gangguan kepada juruterbang.
Jika didapati bersalah, hukuman paling maksimum yang akan diberi ialah hukuman mati atau penjara antara lima ke 20 tahun dan penjara seumur hidup.
Selain daripada mengganggu juruterbang, perlakuan swafoto pelancong di kawasan berdekatan dengan tempat perlepasan pesawat juga sebenarnya amat merbahaya; boleh menyebabkan kecederaan dan merosakkan deria pendengaran.
Untuk rakyat Malaysia, kalau ke Phuket sila pastikan anda mengikut arahan dan peraturan yang sudah ditetapkan. Nanti tak pasal-pasal mati sia-sia hanya kerana berswafoto.
Sumber: Mirror UK
Panas-panas syok berendam dekat sini.
MakanLena: Tadom Hills, Banting
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.