Pekerja Piza Dipecat Gara-Gara Tulis ‘Gay’ Dalam Resit Pembayaran

Seorang pekerja restoran piza, A Little Caesars dipecat selepas meletakkan perkataan ‘gay’ di ruangan nama pelanggan pada resit pembayaran.

Marcus Robertson dan sepupunya, Rosman Harris telah datang ke restoran berkenaan yang terletak di Henrico, Virginia Jumaat lepas.

Pekerja Dipecat Gara-Gara Resit Gay

Selepas menerima pesanan dan resit pembayaran, Haris terlihat perkataan gay ditaip pada bahagian atas resit yang mana ruangan tersebut sepatutnya diisi dengan nama pelanggan.

https://www.facebook.com/marcus.burruss/posts/10210614564318969

Walaupun kedua-dua lelaki berkenaan sememangnya seorang ‘gay’, pada ketika melakukan pesanan mereka tidak pernah bercakap mengenai seksualiti diri sendiri.

Pekerja Dipecat Gara-Gara Resit Gay

Salah seorang daripada sepupu Robertson kembali ke restoran berkenaan untuk bertemu dengan juruwang yang sama dan bertanyakan mengenai perkara tersebut. Jawapan juruwang, “dia terlalu bising dan biadap.”

Robertson yang mengalami masalah pendengaran terpaksa bercakap dengan kuat untuk mendengar suaranya sendiri.

Gara-gara tular, pihak pengurusan A Little Caesar mengambil langkah memecat juruwang tersebut dalam penyataan:

“Little Caesars mengekalkan polisi tiada toleransi apabila berlaku kecurangan dalam pengendalian secara profesional. Perkara ini jarang-jarang berlaku. Pihak pengurusan restoran cawangan telah mengambil tindakan menyiasat perkara ini dan menghentikan pekerja yang terlibat dalam kejadian tersebut.”

Sumber: AOL

Motif sangat datang muzium jijik?

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.