Jika anda selalu ke 7-Eleven, pasti anda perasan satu minuman tin cider jenama terbaru iaitu Apple Fox dijual bersama barisan minuman-minuman di dalam peti sejuk.
Sila ambil perhatian!
Minuman tersebut bukanlah minuman berkarbonat seperti yang diiklankan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi sebenarnya merupakan sejenis minuman beralkohol. Ramai yang salah anggap bahawa minuman Apple Fox Cider merupakan minuman berkarbonat; tanpa melihat kepada senarai kandungan.
Minuman ini amat terkenal di New Zealand dan dipromosikan oleh ‘pihak sana’ sebagai minuman beralkohol dengan kadar kandungan arak sebanyak 4.5%. Sekalipun dikatakan sebagai bebas alkohol, minuman ini sebenarnya dihasilkan oleh kilang arak Heineken, Malaysia.
Reka bentuk luar yang hampir sama dengan minuman berkarbonat biasa yang lain menyebabkan ramai pengguna Muslim membeli minuman ini. Ditambah pula dengan jualan harga promosi menyebabkan ramai pengguna Muslim terutamanya membeli minuman ini tanpa melihat kepada senarai kandungan bahan.
Untuk pengguna Muslim, hati-hati. Jangan sampai tersalah minum.
Panas-panas ni syok lepak sini.
MakanLena: Tadom Hills, Banting
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.