Resipi Nasi Bukhari Khas Dari Timur Tengah

Pernah dengar tentang Nasi Bukhari? Ada apa dengan hidangan ini sampai jadi kegilaan orang-orang Timur Tengah?

Berasal dari Bukhara, Uzebekistan, Nasi Bukhari ini amat terkenal terutamanya di Arab Saudi, Afghanistan dan Pakistan. Cara memasak hidangan ini dipelbagaikan versinya mengikut diet dan amalan pemakanan masyarakat setempat.

Nasi Bukhari

Bahan-bahan:

*3 cawan beras – basuh dan toskan air
*1/2 ekor ayam – dipotong sederhana besar
*Sebiji terung bulat kecil – potong bulat
*1/2 biji ubi kentang – potong dadu
*Bunga kobis – potong biasa
*2 inci karet – dipotong memanjang dan kecil
*Garam secukup rasa
*Sedikit ajinamoto (pilihan)

Bahan menumis:

*5 biji bawang merah kecil
*1 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 sudu makan rempah campuran – boleh dapat di supermarket, warnanya perang
*Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih – anggaran sendiri

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang, halia, bunga lawang, kayu manis,buah pelaga, bunga cengkih hingga kekuningan dan masukkan rempah campuran.

2. Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam separuh masak, masukkan terung, ubi dan bunga kobis, garam serta ajinamoto.

3. Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.

4. Masak hingga nasi masak sepenuhnya sebelum masukkan karet. Kacau nasi supaya tidak melekat dan kelihatan cantik.

Nasi Bukhari

Tip 1: Kalau nak lagi sedap, beli rempah Nasi Bukhari keluaran Faiza.

Tip 2: Selain ayam, ada juga yang gemar makan nasi bukhari dengan rendang kambing atau rendang lembu.

Tip 3: Kalau anda gemarkan kekacang seperti gajus dan kismis, boleh sahaja campurkan ke dalam nasi.

Tip 4: Nak tambah aroma wangi nasi? Taburkan bawang goreng di atas hidangan nasi.

Sumber: The Asian Mummy

Meleleh air liur tengok set makanan SeoulNami.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.