Ini Senarai Negara Yang Haramkan Kemasukan Dan Penggunaan Vape

Regulasi rokok elektronik berbeza mengikut kawasan, daripada yang tidak kisah sehinggalah kepada negara yang mengharamkan secara keseluruhannya. Disebabkan berpotensi mempunyai kaitan dengan undang-undang tembakau dan polisi dadah perubatan, penggubalan undang-undangnya menjadi isu perdebatan di seluruh negara.

Jika anda melawat negara di bawah ini, sila jangan cuba-cuba berani menggunakan rokok elektronik anda.

1. Argentina
2. Brazil
3. Brunei
4. Kemboja
5. Indonesia
6. Jordan
7. Lebanon
8. Mexico
9. Panama
10. Filipina
11. Qatar
12. Taiwan
13. Singapura
14. Thailand
15. Uruguay
16. Venezuela
17. Vietnam
18. Mesir
19. Kolombia

Manakala senarai negara di bawah ini, mempunyai peraturan ketat berkaitan dengan rokok elektronik.

1. Australia
2. Kanada
3. Hong Kong
4. India
5. Norway
6. Jepun

Negara haram vape
Sumber: The Sun

Jika anda ditahan kerana membawa atau menggunakan rokok elektronik di Singapura, anda mungkin bakal dikenakan denda sehingga RM15,000, di Thailand 10 tahun penjara dan di Filipina selama empat bulan penjara.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2298433000446559/?type=3&theater

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, pengharaman vape oleh negara jiran adalah kerana polisi kerjaan yang menolak segala bahan ketagihan yang baharu. negara jiran termasuk Malaysia telah menandatangani FCTC iaitu satu perjanjian untuk mengurangkan penggunaan tembakau.

Pada tahun 2016, kerajaan Malaysia telah menetapkan tiga kementerian untuk penguatkuasaan vape di Malaysia iaitu KPDNKK (meregulasi keselamatan peralatan dan bateri vape), KKM (meregulasi cecair nikotin vape) dan MOSTI (mewujudkan standard untuk peralatan dan bateri vape).

Namun kini di Malaysia, penjualan dan penggunaan vape berleluasa, malah wujud juga kilang pengeluar rokok elektronik. Jadi, sejauh mana isu ini diambil berat di Malaysia?

Sumber: Public Health Malaysia

Jijik!

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.